31 Ogos, 2010

Roti Keju Ayam



BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

PESAN SAJI: Jika tidak suka ayam, anda boleh gantikan dengan nanas, dan hanya keju keping. Jangan lupa taburkan kismis dan gula perang. Bahan lain sama dengan keju ayam.
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

Jika tidak suka ayam, anda boleh gantikan dengan nanas, dan hanya keju keping. Jangan lupa taburkan kismis dan gula perang. Bahan lain sama dengan keju ayam.

23 Ogos, 2010

Panacotta Sos Nanas Vanila



BAHAN-BAHAN:
700 gm krim putar
320 gm susu segar
10 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila
10 gm kepingan gelatin
80 gm gula

BAHAN SOS:
200 gm air
100 gm gula
100 gm nanas masak (potong dadu)
Sedikit esen vanila
(campurkan kesemua bahan dan masak sehingga pekat)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar daun pandan dengan susu segar, tapis dan ambil jusnya.
2. Didihkan jus pandan bersama krim putar dan esen vanila.
3. Masukkan gula dan gelatin. Gaul sehingga sebati
4. Tapis sekali lagi dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Setelah beku, keluarkan dan hias dengan sos.

16 Ogos, 2010

Jom Makan Durian' tarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Negara

KUALA LUMPUR - Muzium Negara hari ini menganjurkan acara ”Jom makan durian” dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjadikan muzium sebagai tempat yang sering dikunjungi.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, program selama dua hari bermula hari ini bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelawat termasuk pengunjung asing.

"Tujuan mengadakan aktiviti sebegini adalah untuk mendekatkan masyarakat ke muzium, menjadikan muzium sebagai tempat yang selalu disebut dan diingat selain memperbanyakkan lagi bilangan pelawat yang berkunjung ke muzium,” katanya.

Beliau juga berkata, terdapat pelbagai aktiviti telah disediakan bagi pihak pengunjung dengan hadiah bertuah yang menarik antaranya pertandingan makan durian, pertandingan meneka berat durian dan aktiviti ”kibar jalur gemilang”, petang esok. - Bernama

13 Ogos, 2010

KEK PUDING LAPIS AGAR-AGAR




BAHAN KEK: 

200 gm sponge mix 4 biji telur

1 sudu besar ovallete

50 ml air Sedikit esen vanila

60 ml minyak 


BAHAN PUDING:

200 ml susu cair

200 ml susu segar

90 gm flan vanila

30 gm tepung kastard

Sedikit esen vanila 


BAHAN TOPPING:

200 ml air

35 gm gula

1/2 sudu besar serbuk agar-agar

Sedikit perasa lemon

Sedikit pewarna kuning


CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.

2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.

3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit. 

4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.

5. Untuk puding, panaskan tiga per empat  susu, kemudian masukkan flan vanila.

6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.

7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.

8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.

9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.

12 Ogos, 2010

Terung Tumis Bilis Berkicap

  
BAHAN-BAHAN
2 biji terung (belah dua dan potong pendek)
70 gm ikan bilis (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar air asam jawa cair
1 sudu besar kicap

CARA MENYEDIAKAN:
1.Terung digoreng hingga kuning warnanya. Ketepikan.
2.Tumis semua bahan tumbuk hingga garing.
   Kemudian tuangkan kicap dan air asam jawa.
3.Bubuhkan sedikit gula dan garam.

10 Ogos, 2010

Gulai lemak 5 minit



PRODUK sejuk beku ini sesuai untuk sajian pada bulan Ramadan.

BULAN Ramadan hanya menghitung hari untuk tiba. Pada ketika itu kaum ibu mula sibuk memikirkan apakah juadah untuk berbuka puasa mahupun untuk bersahur.

Kini, mereka tidak perlu lagi kelam-kabut pulang daripada kerja atau bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan kerana produk Sri Kulai edisi terhad adalah jawapannya.

Jika sebelum ini, anda perlu menunggu kira-kira 30 minit untuk menikmati hidangan ayam gulai lemak dan masak kurma tetapi dengan Sri Kulai, anda boleh menikmatinya dalam masa lima minit sahaja.

Dengan menampilkan dua menu pilihan iaitu Ayam Gulai Lemak Tradisional dan Ayam Kurma Tradisional, AYS Sdn. Bhd. (AYS) yakin bahawa produk sejuk bekunya ini bakal mendapat sambutan sempena Ramadan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Liow Ren Jan memberitahu, cara penyediaanya sangat mudah, ringkas dan cepat.

"Anda hanya memerlukan lima minit untuk memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro.

"Hidangan sejuk beku edisi terhad ini bukan sahaja enak, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, bebas monosodium glutamate (MSG) selain bekasnya yang mesra alam kerana bersifat biodegrasi," katanya yang mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kedua-dua produk sejuk beku itu boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, Tesco, Giant dan Cold Storage pada harga RM7.90.

REN JAN (tengah) bersama Normala (kiri) dan Fatimah menunjukkan menu terbaru resipi Sri Kulai.

Setiap satu pek ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional yang masing-masing seberat 360 gram (g) dan 400 g adalah untuk hidangan tiga hingga empat orang.

Promosi istimewa kedua-dua menu segera itu bermula sejak Julai lalu sehingga September ini.
Menariknya dua wanita yang juga anak-beranak iaitu Normala Aziz, 25 dan ibunya, Fatimah Ahmad, 58, adalah individu bertanggungjawab di sebalik idea menu itu. 

Normala merupakan Eksekutif Penyelidikan dan Pembanguna(RD).
Graduan muda berkelulusan Perkhidmatan Pengurusan Makanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam mencipta produk makanan baru.

"Sebelum pemilihan dua menu ini, ada tiga menu lain turut dinilai iaitu ikan masak asam, ayam masak merah dan ayam masak gulai darat. Namun, dua menu yang dipilih itu lebih popular berbanding tiga menu yang lain," katanya.- Dipetik dari Kosmo.

09 Ogos, 2010

Udang Goreng Planta



Bahan-bahan :

  • 500 g udang segar (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sb planta
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • garam dan sedikit gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 batang sayur buncis / asparagus (dihiris menyerong)
  • 4 sb santan
Cara-caranya :
  1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dlm kuali. Kemudian goreng udang sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan planta dan tumis bawang putih, halia, bawang besar dan daun kari sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili api, sayur buncis/asparagus dan sedikit air. Goreng hingga hampir masak. Kemudian, masukkan udang dan santan. Gaulkan. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Setelah masak, hidangkan panas2.

08 Ogos, 2010

Mat Salleh pun minum teh Melayu






DALAM suasana pagi yang masih sejuk menggigit, Safinah Yaakob yang ketika itu berusia enam tahun bingkas bangun daripada tidurnya. Walaupun matanya masih terasa kelat untuk dibuka, hatinya girang. 

Dia ingin mengikut emaknya memetik daun-daun herba seperti dukung anak, suluh lalang dan daun hati-hati untuk dijadikan minuman teh herba. Itulah rutin hariannya setiap pagi.

"Mak memang minum air teh herba setiap hari. Kebiasaannya daun- daun itu direbus dan dicampurkan dengan manjakani. Katanya, air rebusan daripada daun-daun herba banyak khasiatnya. Bila saya kata mahu rasa, mak tidak izinkan kerana saya masih kecil. Mak hanya membancuhkan saya setiap pagi dengan air teh yang dicampur dengan gula," katanya yang mengimbau kembali memori 33 tahun yang masih abadi di fikirannya sehingga ke hari ini.

Sambil membancuh dan mengacau teh pegaga yang dicampurkan dengan madu, Safinah meneruskan ceritanya. Sesekali dia mengangkat cawan dan menghirup teh yang separa panas itu. Wajah wanita berusia 39 tahun itu tampak berseri tatkala dia bercerita dan mengimbau kembali memori zaman kanak-kanaknya mengenali teh herba.

"Orang dulu-dulu menganggap air rebusan daun adalah teh tetapi lebih dikenali dengan teh herba atau teh hijau. Sebabnya, cara penyediaannya adalah sama dengan teh cuma ia berwarna hijau mengikut warna daun tersebut," katanya yang kini mengusahakan dua cawangan kedai teh herba Melayu iaitu, Malay Tea House sejak tahun 2006.

Pelbagai khasiat teh

Pemilik syarikat Warisan Asal Sdn. Bhd. yang merupakan satu-satunya syarikat yang menghasilkan teh Melayu di Malaysia itu memberitahu dia paling kurangpun akan menikmati dua cawan teh herba setiap hari. 

Baginya, teh herba yang sempurna seperti pegaga mempunyai rasa yang pekat dan tidak pahit malah, rasanya kekal di kerongkong walaupun selepas habis dihirup. Satu lagi rahsia teh herba yang diusahakan Safinah ialah setiap minuman teh herbanya tidak dicampurkan dengan gula sebaliknya, menggunakan madu yang akan menambahkan khasiat di dalamnya, memberikan rasa lebih enak dan aroma yang menyegarkan.



PATTINSON (kanan) bersama rakannya Mandy Kularatna menyukai teh herba Melayu kerana rasa dan khasiatnya.



"Selain obses terhadap teh, amalan mak dan petua-petua yang diberi daripada mak saudara yang merupakan seorang bidan kampung, memberi inspirasi kepada saya untuk mengusahakan peniagaan teh herba Melayu di Malaysia. 

"Orang hanya mengenali teh Cina tetapi tidak sedar yang Melayu juga kaya dengan teh-teh herba dari pelbagai jenis daun," katanya yang memulakan perniagaan teh herba dengan menggunakan tiga jenis daun iaitu serai, misai kucing dan daun limau purut.

Kini, terdapat sebanyak 17 perisa teh herba di kedai Malay Tea Housenya termasuk mas cotek, roselle, dukung anak, ulam raja, lemuni, peria, selasih hitam, hempedu bumi dan daun jambu.

Menurutnya, sebelum memulakan perniagaan teh herba Melayu itu, pelbagai kajian di universiti dan pusat-pusat penyelidikan telah dilakukannya, sama ada dari segi ujian makmal, ujian kimia mahupun ujian mikro bakteria.

Ada sesetengah orang mengatakan amalan minum teh memberi banyak kesan yang tidak baik kerana dikatakan boleh menyebabkan sembelit, insomnia, ketagihan, pereputan tulang, gigi dan sebagainya.
Namun begitu, teh herba adalah sebaliknya. Ia mempunyai pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.
Safinah sendiri sebelum ini menghadapi penyakit migrain yang teruk, namun selepas mempraktikkan minuman teh herba setiap hari sakitnya kini semakin berkurangan.
Jelas Safinah, daun pegaga misalnya memberikan banyak manfaat terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Selain itu, teh hijau atau teh yang belum difermentasi adalah teh yang terbaik kerana mempunyai kandungan polifenol dan katekin (catechin) yang paling tinggi. 

Catechin adalah bahan larut air, tidak berwarna dan memberi rasa pahit atau kelat pada teh. Dalam masa yang sama, ia mengandungi peratusan polifenol 40 hingga 50 peratus lebih tinggi.

"Lantaran itu, hasil beberapa penyelidikan merumuskan kombinasi nutrien dalam teh dapat merendahkan risiko beberapa penyakit seperti kanser termasuklah kulit, payu dara, paru-paru, kolon dan pundi kencing," katanya.

Teh untuk semua 

Teh herba Melayu bukan hanya dinikmati oleh kaum Melayu sahaja tetapi juga kaum yang lain.
Bagi Eksekutif Kewangan, Komplek Dayabumi, Kuala Lumpur, C. Sarsilaa, 30, amalan minum teh herba Melayu bermula sejak setahun lalu.

"Kebetulan setahun yang lepas, saya bersama rakan datang ke Pasar Seni, Kuala Lumpur. Sedang berjalan-jalan saya ternampak sebuah kedai klasik Malay Tea House yang menjual pelbagai jenis teh dihasilkan menggunakan aneka jenis daun.




PENGAMBILAN herba yang mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak sekian lama.




"Selepas menikmati teh herba itu saya terus jatuh cinta. Pada mula saya menganggap rasa teh herba pahit tetapi sebenarnya tidak. Rasanya manis dan beraroma, tambahan pula baunya wangi.

"Mungkin disebabkan madu yang digantikan dengan gula dan tambahan perisa seperti limau dan sebagainya," katanya yang setiap hari pasti ke kedai Malay Tea House untuk menikmati teh herba.

Sebelum ini, Sarsilaa sememangnya merupakan penggemar teh. Jelasnya, dalam sehari dia akan menikmati teh pada sebelah pagi dan petang. Disebabkan itu, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencuba teh herba pula.

"Sebelum menikmati teh herba Melayu, saya pernah mencuba minum teh Cina dan teh hijau. Tetapi, saya lebih suka teh Melayu kerana rasanya manis dan menyegarkan," katanya menyukai teh halia, pegaga, selasih dan serai.

Bagi rakan Sarsilaa pula, V. Vanitha, 33, dia menyukai teh herba selepas diberitahu rakannya Sarsilaa.
"Sebelum ini, saya tidak terlalu menyukai minuman teh tetapi, selepas mencuba dan tahu akan khasiat teh herba, saya mula menyukainya. 

"Teh herba mempunyai rasa yang manis tetapi bukan disebabkan manis gula. Ia manis disebabkan daun herba dan penambahan madu ke dalamnya. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ia berbaloi kerana ia bukan sahaja memberikan kesegaran pada saya tetapi juga mengandungi khasiat yang tinggi," katanya.

Sementara itu, menurut pemuda Inggeris dari London, Tim Pattinson, 30, sebelum ini dia hanya mengenali teh hijau dan teh Cina sahaja.

"Saya tidak tahu orang Melayu juga mempunyai teh yang pelbagai. Sememangnya, saya lebih suka minum teh berbanding kopi. Rasanya lebih lembut dan ia juga memberi kesegaran.

"Pertama kali datang ke Malaysia dan menjejak kaki ke Malay Tea House saya diperkenalkan dengan 17 jenis teh yang diperbuat daripada variasi daun.

"Ia menarik minat saya mencubanya selepas saya membaca risalah yang mengandungi jenis-jenis daun yang boleh dijadikan minuman serta khasiat yang terdapat padanya," kata Pattinson yang menyukai perisa teh daun jambu.

Sejarah teh di Cina dan India

Jika mengikut sejarah, sememangnya teh Cina terlebih dahulu dikenali. Menurut mitos penduduk China, teh dijumpai kira-kira 5,000 tahun dahulu oleh seorang maharaja China yang dikenali sebagai Shennong.




MALAY Tea House juga menyediakan teh herba yang sudah siap dibungkus di dalam tin.




Maharaja itu menemui teh secara tidak sengaja apabila beberapa helai daun teh diterbangkan angin ke dalam secawan air panas yang diminumnya.

Minuman berkenaan seterusnya berkembang menjadi satu minuman tradisi masyarakat di China sebelum disebarkan ke Eropah pada kurun ke-17.

Legenda dari India pula mengaitkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Semasa bertapa, dia mengunyah beberapa daun yang tumbuh berdekatan yang menyegarkannya kembali.

Walaupun India hari ini merupakan penghasil teh terbesar di dunia, tetapi tidak ada catatan sejarah mengenai minuman teh di negara itu sebelum abad ke-19. Di Jepun, teh mula dikenali pada awal abad ke-9, apabila seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa biji tanaman teh dari China. - Dipetik dari akhbar kosmo.

07 Ogos, 2010

Tembikai Susu Supreme



BAHAN-BAHAN:
30 gm tembikai susu
1 sudu besar jagung manis
3 sudu besar susu pekat

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar tembikai susu.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Kemudian masukkan susu pekat dan jagung manis.
4. Masukkan kiub ais dan hidangkan.

05 Ogos, 2010

Banana Float



BAHAN-BAHAN:
1/2 biji pisang montel
50 gm air gula
1/2 gelas air
Aiskrim strawberi (sebagai hiasan)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar buah pisang.
2. Masukkan dalam gelas dan dicampur dengan air gula.
3. Masukkan kiub ais.
4. Akhirkan sekali masukkan aiskrim strawberi.

04 Ogos, 2010

Puding Laici



Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah

Cara Menyediakan;
1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding.

03 Ogos, 2010

Pai Durian



Bahan-bahan Dasar:
125 gm mentega
75 gm gula aising
1 biji telur
20 gm susu tepung
250 tepung gandum
Bahan-bahan Inti:
400 gm isi durian
50 gm gula
250 ml air
50 gm tepung kastard
100 ml susu cair
Sedikit garam

Cara Menyediakan Dasar:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul hingga sebati.
3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.

Cara Menyediakan Inti:
1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur.

Cara Menyediakan Pai:
1. Keluarkan kulit pai daripada loyang.
2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.

02 Ogos, 2010

Bawal Lemak Siam


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (potong dua)
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
3 keping daun limau purut

BAHAN KISAR:
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
3 cm belacan
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan asam gelugur, garam dan gula.
3. Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut. Biarkan ia mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ikan bawal

01 Ogos, 2010

Udang Goreng Tomato



Bahan-bahan:
1 kg udang besar
2 sudu besar serbuk cili
1 cawan bawang goreng
5 labu bawang besar - hiris
5 biji tomato - dihiris  nipis
3/4 cawan minyak masak
2 pokok daun bawang - hiris
2 tangkai cili hijau - hiris
1/4 cawan air asam jawa
1 batang serai
Daun kari
Dikisar:
2 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Menyediakan:
1. Bersihkan udang, gaul bersama serbuk cili dan goreng tanpa minyak hingga setengah masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar hingga kekuningan, masukkan serai dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau hingga hancur.
4. Masukkan air asam jawa dan daun kari serta udang, biarkan mendidih.
5. Biarkan kuah pekat, masukkan bawang goreng dan perlahankan api. Sebelum angkat, masukkan garam, cili hijau dan daun bawang.

31 Julai, 2010

Mee Hokkien


Bahan-bahan:

1 kg mi hokkien ataupun mi kuning leper
100 gm udang - buang kulit dan bersihkan
100 gm isi ayam - potong dadu
1 biji lobak merah - hiris halus memanjang
5 keping cendawan kering - rendam dalam air panas hingga kembang dan hiris
5 batang jagung muda - belah empat
2 keping kek ikan - hiris nipis
1 biji cili benggala - potong dadu
1 pokok sawi chap choy - dikerat
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bwang putih - cincang
1/4 labu bawang besar - cincang
2 sudu besar kicap mi
1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan 1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan kacau dari semasa ke semasa hingga pecah minyak.

2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika kemudian masukkan air, udang, kek ikan, lobak merah, jagung, kicap mi, sos tiram dan garam. Kacau dan biarkan mendidih.

3. Masukkan mi, kacau dan masukkan sawi chap choy serta cendawan. Kacau lagi hingga rata.

4. Akhir sekali, masukkan cili benggala dan bancuhan tepung jagung. Kacau dan padamkan api. Hidang panas-panas bersama cili jeruk atau cili kicap.

30 Julai, 2010

BITTERBALLEN NASI



BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (Ayu golekkan sekali jerk semalam sbb tak baca arahan dengan betul.. ekekekeke.. sib baik cantek jek masa goreng tu.. tak berderai pun.. huhuhu..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

29 Julai, 2010

Nasi Serai

BAHAN-BAHAN:

Beras (guna beras biasa je)
Bawang besar (hiris bulat)
Bawang putih (crushed)
Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis (kalau tak nak taruk pun boleh)
Daun pandan sehelai (simpul)
Serai 3-4 batang ( titik)
Stok ayam atau daging ikut suka (secukupnya)
garam secubit
minyak masak untuk tumis (campur mentega sket pun boleh lagi sedap)

CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Basuh beras dan toskan airnya.
  2. Masukkan minyak dalam periuk nasi dan panaskan (atas dapur).
  3. Tumis serai, daun pandan, rempah dan bawang hingga wangi.
  4. Masukkan beras, dan gaul rata untuk 1 minit. Tutup api.
  5. Masukkan stok ayam (secukupnya untuk masak nasi seperti biasa) dan garam.
  6. Tekan periuk nasi dan tunggu nasi masak seperti biasa.
  7. Boleh hidang dengan ayam masak merah, ayam kurma, acar mentah, acar timun...

28 Julai, 2010

Ala KFC Cheesy Wedges


Bahan-bahan:

Wedges beku 500gKeju iris 5 (warna oren) ~ lebih yummier yang1 sdm mentega1 sudu makan tepung1 / 2 cawan susu segar2 sudu besar plain yogurtMayonaise

 Cara menyediakannya
1. Goreng potongan sampai renyah. Sisihkan.2. Lelehkan mentega dalam periuk non stick di atas api perlahan. Tambah tepung dan kacau rata.3. Tambah susu segar dan kacau hingga campuran thickens.4. Tambah keju dan kacau hingga keju mencair.5. Tambah yogurt dan kacau rata. 6. Letakkan keju dan sos mayonaise dalam 2 beg yang berbeza .    Paip ke potongan. Siap untuk melayani.

27 Julai, 2010

Resepi Jantung Pisang Tumis Ala Kampung



BAHAN-BAHAN:
2 biji jantung pisang
2 biji terung - potong kecil-kecil
5 labu bawang besar - hiris nipis
5 ulas bawang putih - diketuk
10 tangkai cili padi- potong kecil-kecil
1 sudu teh belacan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN:

Rebus jantung pisang selama 10 minit, toskan dan potong kasar.

Panaskan minyak, goreng terung hingga separuh layu. Angkat dan ketepikan.

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan belacan gula dan garam. Gaul hingga mesra.

Masukkan terung dan jantung pisang. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

26 Julai, 2010

Popia Koinobori


Bahan-bahan
Popia - ikut resepi popia goreng oleh Makyong
Mayonis dan kismis utk mata
 Sos tomato untuk sisik ikan

Cara-cara
1. Buat popia macam biasa. Cuma tambah bahagian ekor.
2. Untuk ekor- bahagikan kulit popia kepada 3 bahagian. Lekatkan pada popia yang telah siap digulung. Potonglah biar jadi bentuk ekor
3. Goreng macam biasa
4. Bila dah siap, hiaslah biar jadi bentuk ikan

25 Julai, 2010

Ayam Masak Taucu


BAHAN A:
1 ekor ayam (potong  4)
1 cawan santan
3 tangkai pucuk ubi (rebus dan hiris)
3 helai daun limau purut
3 batang serai (ketuk)
1 sudu besar jus limau
1/2 cawan taucu (buang masin)
3 cawan air
Minyak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR:
9 ulas bawang merah
9 tangkai cili merah
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
3 cm kunyit
4 cm halia
4 cm lengkuas
1 sudu besar (biji) ketumbar
Sedikit gula merah
Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam kemudian lumurkan dan perapkan dengan jus limau seketika.
2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam tadi dan kesemua bahan A kecuali taucu. Tuangkan air dan gaul rata. Setelah pekat, barulah masukkan taucu. Tambahkan garam jika perlu.

23 Julai, 2010

Rojak Tempe


 Bahan-bahan:

300 gram tempe - potong dadu 2 cm, goreng dan toskan
2 helai daun limau
1 btg serai, diketuk
500 ml santan pekat
1 sdm air asam jawa
1 sdt garam
2 sdt gula merah
2 sdm minyak masak

Bahan untuk dikisar:

5 biji bawang merah
5 tangkai cili merah
3 biji buah keras
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup


Cara penyediaan:

Panaskan minyak masak, tumis bahan yang telah dikisar bersama daun limau dan serai sampai naik bau.

Masukkan tempe goreng, gaul sampai rata. Tuang santan, masukkan garam, gula merah, dan air asam, masak sampai pekat.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

22 Julai, 2010

Rojak Kangkung Indonesia




Bahan-bahan :

200 gram kangkung - celur, potong dan toskan
100 gram taugeh - celur dan toskan
2 biji timun - potong nipis
7 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
1 sdt belacan bakar
100 g gula kabung
1/2 sdt asam jawa, cairkan
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Tumbuk cili api, cili merah, belacan, gula kabung dan garam hingga lumat. Campurkan dengan air asam jawa.

Gaul kangkung, taugeh dan potongan timun bersama sambal yang telah disediakan.

Sedia untuk disajikan.

21 Julai, 2010

Ayam Panggang Sos Kari Tomato



BAHAN-BAHAN:
1 potong dada ayam
50 ml minyak zaitun
Gula dan garam
BAHAN SOS:
100 gm sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ayam dan panggang sehingga masak.
2. Pijarkan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang besar bersama dengan daun kari sehingga naik aroma.
3. Kemudian masukkan sos tomato, kicap manis dan gula. Kacau sehingga rata dan mesra.
4. Selepas itu, barulah masukkan pula tomato dipotong dadu. Tuangkan sos di atas ayam panggang.

20 Julai, 2010

Manisan Suji





BAHAN-BAHAN:
410 ml (1 tin) susu sejat
820 ml air
180 gm gula pasir
200 gm suji
10 biji buah pelaga - pecahkan
50 gm badam hiris
50 gm kismis hitam
3 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Panaskan minyak sapi dan goreng kismis serta badam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan air, gula serta pelaga ke dalam lebihan minyak tadi, biarkan hingga mendidih dan gula hancur.
3. Masukkan pula suji, kacau hingga pekat lalu campurkan badam serta kismis, tinggalkan sedikit untuk hiasan.
4. Tuangkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil, hias dengan badam serta kismis.

19 Julai, 2010

Taw Miew Ikan Masin


BAHAN-BAHAN:
300 gm taw miew
80 gm bawang putih (cincang kasar)
80 gm bawang merah (hiris halus)
2 tangkai cili merah (hiris halus)
100 gm daun bawang (potong kasar)
100 gm ikan masin talang (potong kiub dan goreng)
50 gm cendawan hitam (hiris kasar)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2. Kemudian masukkan cendawan hitam.
3. Setelah sebati, masukkan taw miew.
4. Tumiskan rata dan masukkan ikan masin, daun bawang dan cili.
5. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan kacau.

17 Julai, 2010

Nasi Pilaf Sayur Berkacang


Bahan-bahan:
2 cawan beras basmati
1 cawan santan
1 1/2 cawan air rebusan ayam
400 gm labu kuning - potong dadu dan rebus hingga empuk
2 biji terung panjang - potong dadu dan rebus hingga masak
125 gm putik jagung - belah dua
3 biji tomato - buang biji dan cincang
1 cawan kacang tanah - panggang
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus
Garam secukup rasa
Bahan-bahan Menumis:
50 gm minyak sapi
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1.2 sudu buah pelaga
2 sudu kecil biji sawi
2 cm halia - dicincang
2 ulas bawang putih - dititik
4 ulas bawang merah - dimayang

Cara Menyediakan:
1. Bersihkan beras dan tuskan.
2. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan-bahan menumis. Kacau hingga berbau harum dan masukkan beras. Kacau selama lima minit dengan api yang perlahan.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan santan. Biarkan mendidih.
4. Bila nasi kering, tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak.
5. Masukkan sayur-sayuran yang direbus, tomato, kacang tanah dan daun ketumbar. Gembur hingga rata dan hidangkan.

Biskut Durian Runtuh


BAHAN A: 

125 gm mentega

65 gm gula aising

1 biji kuning telur


BAHAN B:

1 sudu besar madu

1 1/2 sudu besar cream coconut

1 sudu kecil esen durian


BAHAN C:

20 gm serbuk badam

10 gm tepung kentang

20 gm tepung jagung

175 gm tepung superfine

1 sudu kecil emplek


CARA  MENYEDIAKAN:

1. Putarkan semua bahan A hingga kembang dan sebati.

2. Kemudian masukkan bahan B dan diikuti bahan C.

3. Setelah sebati, canai, terap dan bakar. Kemudian hiaskan dengan manik hujan.

Biskut Florentine


BAHAN-BAHAN:
30 gm madu
50 gm gula
170 gm glukosa (cair)
100 gm krim putar
350 gm potongan badam
350 gm buah-buahan kering
100 gm tepung gandum

BAHAN HIASAN:
10 gm gula ising
2 biji buah strawberi

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gula, madu dan glukos dimasak sehingga keemasan.
2. Masukkan krim putar dan gaul sehingga sebati.
3. Kemudian, masukkan badam, buah-buahan kering dan tepung gandum. Gaul sehingga sebati di atas api yang perlahan.
4. Setelah itu, tuangkan di atas dulang pembakar yang tidak melekat. Bakar dalam suhu 180o selsius sehingga kuning keemasan.
5. Lenyekkan semasa ia panas sehingga nipis dan sejukkan. Potong mengikut bentuk kesukaan.

Sosej Goreng Rampai


Bahan-bahan:
5 batang sosej - dipotong menyerong
50 gm kobis bunga - dipotong kecil
1 batang timun Jepun - dibelah dan dipotong kecil
3 ulas bawang merah - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu besar sos tiram
3 batang jagung muda - dipotong kecil
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan sosej. Setelah beberapa minit, tumis pula bawang putih dan bawang merah dalam kuali yang sama. Kacau sebati.
2. Setelah naik aroma, masukkan sos tiram dan air.
3. Masukkan kesemua sayuran-sayuran lain. Kacau sedikit dan perisakan dengan garam sebelum diangkat untuk dihidangkan.

08 Julai, 2010

Sup Udang Thai


Bahan-bahan:350 gram udang besar
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai – cincang kasar
2 helai daun limau purut – cincang
1 tangkai lada hijau – buang biji dan cincang
1.2 liter air rebusan ayam atau ikan (stok)
1 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan
1 tangkai cili api – buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar – hiris nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 sudu makan daun ketumbar cincang – untuk taburan

Cara penyediaan:
1. Bersihkan udang, asingkan kepala dan kulit, tinggalkan sedikit kulit dan ekor.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kepala dan kulit udang. Goreng sehingga bertukar warna menjadi kemerahan anggaran selama 3-4 minit. Masukkan serai, daun limau purut, lada hijau dan stok.
3. Ambil sedikit hirisan kulit limau nipis. Sagat kulit limau nipis yang tinggal. Masukkan kulit yang telah disagat ke dalam periuk. Biarkan sehingga ramuan mendidih.
4. Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk dan biarkan mereneh selama 20 minit.
5. Tapis air rebusan tadi. Buang bahan yang ada dalam periuk dan masukkan semula air rebusan tadi.
6. Perah limau nipis, masukkan sos ikan, garam dan lada sulah secukup rasa pada air rebusan. Panaskan atas api sederhana sehingga mendidih.
7. Kecilkan api, masukkan udang dan biarkan masak selama 2-3 minit.
8. Masukkan cili api dan hirisan bawang besar. Kacau seketika dan tutup api.
9. Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.Fuhh..sedap.

KEK COKLAT MOCCA KUKUS


Bahan-Bahan: [Ingredients] 

Bahan A
1 ketul butter [250 gm]
1 cawan serbuk koko
1 cawan brown sugar /gula kastor
1 cawan susu cair
1 s/b nescafe
1/2 cawan susu manis

3 biji telur
1 tsp esen vanilla

1 1/4 cawan tepung gandum }
1 tsp baking powder }di ayak bersama
1/2 tsp soda bicarbonate } 

Cara Memasak: [Cooking Instruction] 

1. Campurkan semua bahan A dalam periok atas api yang sederhana�.kacau sampai cair dan semuanya sebati, tak berketul2 lah. Biarkan suam.
2. Pukul telur dengan esen vanilla sampai kembang. Masukkan ke dalam adunan koko [no 1].
3. Masukan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sikit sambil digaul hingga sebati.
4. Panaskan kukusan.
5. Tuang adunan dalam acuan .
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak dengan api yg sederhana. Acuan yang kecil memerlukan masa mengukus yang lebih pendek.

Make sure tudung kukusan kering semasa menutup semula periuk kukusan.


Selamat mencuba. 

Mee Bandung



Bahan-Bahannye :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
½ botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng

Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

Telurnye (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

06 Julai, 2010

Nasi Dagang



BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1½ inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1.. Didihkan air didalam periuk kukusan
  2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
  3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras bekas pengukus
  4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras masak
  5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
  6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit), bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
  7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.

 Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang

Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Bila mendidih masukkan gula merah
Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

Sambal kelapa untuk Nasi Dagang

Bahan-bahan:
Kelapa parut (sebiji), disangrai sehingga perang
4 sudu makan gula kabung (manisan)
Sekeping ikan tongkol rebus, asingkan isinya sahaja

Cara memasak:
Tumbuk semua bahan-bahan sedikit demi sedikit. Pastikan kelapa tidak pecah minyaknya. Kalau tidak suka terlalu manis boleh kurangkan gulanya. Hidangkan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol dan sambal kelapa. Boleh juga dimakan dengan sambal tumis dan acar timun.

Puding Karemel Buah Peach


BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin buah peach (diasingkan airnya)
sedikit air suam
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur hingga sederhana kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
2. Kemudian masukkan air buah peach tadi.
3. Sementara itu, sediakan air gula hangus dalam mangkuk kaca yang boleh dikukus.
4. Tuang telur yang telah dipukul tadi kedalam air gula hangus.
5. Kukus selama 45 minit. Pertengahan kukus, atur buah peach diatasnyer
dan kukus semula hingga masak.

Kuih gunting
600g tepung gandum
1/2 peket rempah kari daging
serbuk cili secukup rasa
garam secukup rasa
1 genggam udang kering
1 ikat daun bawang
2 sudu majerin
1 biji telur
air secukupnya untuk menguli minyak untuk mengoreng
daun kari (jika suka)

Cara membuatnya:
1. campurkan tepung gandum, serbuk kari, cili dan garam dan gaul rata
2. campurkan majerin dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti(bread crumbs)
3. tumbuk halus udang kering, mayang halus daun bawang dan campurkan ke dalam adunan
4. campurkan telur dan air ke dalam adunan dan uli sehingga sebati
5. tebarkan adunan, canai sehingga nipis dan gunting, goreng menggunakan minyak yang banyak.

Ikan Pindang Serani



Bahan-Bahan:
1/2 cawan minyak masak
100g asam jawa
500g ikan siakap
2 biji cili merah / hijau dibelah dua
garam

Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
1.5cm halia
3cm belacan

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A hingga naik bau.
2. Masukan air asam jawa dan biarkan ia mendidih, kemudian masukan ikan,
cili merah dan garam secukupnya.
3. Biarkan sehingga ikan masak

04 Julai, 2010

Sambal Belacan Daun Kari


BAHAN-BAHAN:
5 tangkai - cili kering (rebus)
6 cm belacan bakar
20 helai daun kari
2 sudu kelapa parut
4 ulas bawang merah
1 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumbuk cili kering dengan belacan hingga halus, masukkan daun kari tumbuk hingga hancur dan masukkan kelapa parut, tumbuk lagi dan masukkan bawang tumbuk hingga kesemua bahan lumat.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya bersama jus limau gaul hingga sebati.

Info: Sekiranya digiling adalah lebih elok dan sedap, kerana bahan-bahan lebih lumat dan halus. Sambal ini adalah hidangan orang Melaka yang memang suka menggunakan cili kering untuk membuat sambal belacan.

03 Julai, 2010

Siakap Sos Tiram




Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
½ sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
½ cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Daun salad sebagai hiasan

Sosnya:
2 batang lada merah- dikisar halus
½ sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir


Cara-cara memasaknya:
Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti "fillet". Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 ½ cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.

Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.
Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.

Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.
Satukan  bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.

Resepi Aiskrim Karstad

Bahan-Bahan:
  1. 1 bungkus agar-agar
  2. 3 sudu tepung karstad
  3. 300 gm gula kastor
  4. 1 tin susu cair
Cara membuat:
  • Masukkan gula kastor dan susu cair ke dalam mesin adunan dan pukul sehingga kembang.
  • Masak agar-agar dengan sedikit air sehingga cair dan masukkan tepung karstad yang telah di bancuh dengan air masak bersama agar-agar sehingga menjadi pekat.
  • Kemudian masukkan kedalam mesin adunan dan di pukul sehingga kembang.
  • Setelah kesemua bahan telah di pukul kembang masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

Gulai Tempoyak



Bahan-Bahan :
Ikan (dibersih dan dipotong ketul-ketul)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.


Cara-cara memasak:
1. Tumbuk cili, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul-gaul hingga hancur.  Tapis agak-agak ketulan-ketulan yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan  kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula untuk mengurangkan rasa masam.
 

01 Julai, 2010

Sambal Langkuas


Bahan-bahan:
2 cawan lengkuas - dipotong kecil
10 batang serai - dikisar
30 tangkai cili kering - dikisar
600 gm bawang besar - dimayang
300gm ikan bilis - ditumbuk jangan sampai hancur
1 biji kelapa - dijadikan kerisik dan dikisar
5 cm belacan - dikisar
5 cm halia - dikisar
Sedikit air asam jawa
3 senduk minyak masak

Cara Menyediakan:
1. Lengkuas dikisar dan direbus sehingga mendidih. Kemudian tapis, buangkan air didihannya dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak, ambil sebahagian bawang besar yang dimayang dan tumis hingga naik bau.
3. Campurkan kesemua bahan-bahan kisar, ikan bilis dan bancuh dengan air asam jawa.
4. Masak di atas api yang perlahan selama satu jam, tetapi hendaklah dikacau selalu agar sambal masak rata dan tidak hangit.

Chicken Chop


Bahan-Bahannya :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
½ cawan jus limau
½ cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad

1. Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
2. celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
3. goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
4. angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
5. hidang bersama sos chicken chop.

SOS / Gravy
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)

1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.


Selamat menjamu selera.

Tat Limau

BAHAN PASTRI:
3/4 cawan mentega (unsalted)
1/2 cawan gula kastor
1/2 sud kecil esen vanila
1 3/4 cawan tepung serba guna
Secubit garam

BAHAN ISIAN:
4 biji limau nipis
1 1/2 cawan gula
100 gm mentega (unsalted)
4 biji telur
Secubit garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan bahan pastri dan uli sebati.
2. Terapkan dalam acuan pai dan masukkan dalam peti sejuk selama 45 minit.
3. Setelah itu bakar selama 20 minit.Biarkan ia sejuk.
4. Perahkan limau nipis.
5. Sagat kulit limau dan satukan dengan gula. Kisar halus.
6. Tuangkan gula kisar dalam bekas dan campurkan mentega. Pukul sehingga gebu. Masukkan telur satu persatu.
7. Kemudian masukkan air limau dan garam.
8. Tuangkan adunan dalam kuali atau pun periuk. Kacau di atas api yang perlahan sehingga ia pekat dan likat.
9. Setelah ia pekat tuangkan ke atas pastri tat dan biarkan ia mengeras dalam peti

Apa tunggu lagi, sila nikmatilah...

Popia Mini Pedas


Bahan-bahan:
1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka


Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak.

4. Tumis bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat. Masukkan garam dan cuka secukup rasa. Tutup api dan digaul sehingga rata.

5. Biarkan sejuk pada suhu bilik dan simpan dalam bekas kedap udara.

Mee Bandung


Bahan-Bahannya :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
½ botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng

Cara-Cara memasaknya:
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.

Telurnya (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.

30 Jun, 2010

Cendawan Sumbat

 
 

Bahan-bahan:
20 biji cendawan kering - direndam hingga kembang
300 gm udang - dibuang kulit dan dicincang
2 biji telur masin - dikukus
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun bawang - dicincang halus
Sedikit gula, garam dan serbuk lada sulah


Untuk Sos:
1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung


Cara membuatnya:
1. Cendawan diramas untuk membuang airnya.
2. Gaulkan udang dengan tepung jagung, gula, garam, serbuk lada sulah dan juga daun bawang. Sumbatkan
    adunan udang ke dalam cendawan. Hiaskan bahagian atasnya dengan sedikit telur kuning masin.
3. Kukus dengan api yang kuat selama lapan minit, kemudian atur di atas pinggan.
4. Campurkan kesemua bahan sos dan jerangkan di atas api yang kecil. Bila mendidih, tuangkan ke atas 
    cendawan. Hidang panas-panas.

Bubur Lambuk


Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot  - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Cara memasak:
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh

    kembang dan daging empuk.  (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu 
    kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia

    yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang 

    kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan.
    Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi.  Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga 

    kekuningan.
6.  Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti 

    berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi.  Masukkan daun
    bawang /sup yang dihiris.  Kacau.

Asam Pedas Ikan Pari



Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis


Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik



Cara memasak:
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk.  Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya.   Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras.  Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.



Untuk lebih sedap :
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari 
    pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas 
    anda.