10 Ogos, 2010

Gulai lemak 5 minit



PRODUK sejuk beku ini sesuai untuk sajian pada bulan Ramadan.

BULAN Ramadan hanya menghitung hari untuk tiba. Pada ketika itu kaum ibu mula sibuk memikirkan apakah juadah untuk berbuka puasa mahupun untuk bersahur.

Kini, mereka tidak perlu lagi kelam-kabut pulang daripada kerja atau bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan kerana produk Sri Kulai edisi terhad adalah jawapannya.

Jika sebelum ini, anda perlu menunggu kira-kira 30 minit untuk menikmati hidangan ayam gulai lemak dan masak kurma tetapi dengan Sri Kulai, anda boleh menikmatinya dalam masa lima minit sahaja.

Dengan menampilkan dua menu pilihan iaitu Ayam Gulai Lemak Tradisional dan Ayam Kurma Tradisional, AYS Sdn. Bhd. (AYS) yakin bahawa produk sejuk bekunya ini bakal mendapat sambutan sempena Ramadan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Liow Ren Jan memberitahu, cara penyediaanya sangat mudah, ringkas dan cepat.

"Anda hanya memerlukan lima minit untuk memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro.

"Hidangan sejuk beku edisi terhad ini bukan sahaja enak, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, bebas monosodium glutamate (MSG) selain bekasnya yang mesra alam kerana bersifat biodegrasi," katanya yang mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kedua-dua produk sejuk beku itu boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, Tesco, Giant dan Cold Storage pada harga RM7.90.

REN JAN (tengah) bersama Normala (kiri) dan Fatimah menunjukkan menu terbaru resipi Sri Kulai.

Setiap satu pek ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional yang masing-masing seberat 360 gram (g) dan 400 g adalah untuk hidangan tiga hingga empat orang.

Promosi istimewa kedua-dua menu segera itu bermula sejak Julai lalu sehingga September ini.
Menariknya dua wanita yang juga anak-beranak iaitu Normala Aziz, 25 dan ibunya, Fatimah Ahmad, 58, adalah individu bertanggungjawab di sebalik idea menu itu. 

Normala merupakan Eksekutif Penyelidikan dan Pembanguna(RD).
Graduan muda berkelulusan Perkhidmatan Pengurusan Makanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam mencipta produk makanan baru.

"Sebelum pemilihan dua menu ini, ada tiga menu lain turut dinilai iaitu ikan masak asam, ayam masak merah dan ayam masak gulai darat. Namun, dua menu yang dipilih itu lebih popular berbanding tiga menu yang lain," katanya.- Dipetik dari Kosmo.

Tiada ulasan: