30 Jun, 2010

Cendawan Sumbat

 
 

Bahan-bahan:
20 biji cendawan kering - direndam hingga kembang
300 gm udang - dibuang kulit dan dicincang
2 biji telur masin - dikukus
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun bawang - dicincang halus
Sedikit gula, garam dan serbuk lada sulah


Untuk Sos:
1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung


Cara membuatnya:
1. Cendawan diramas untuk membuang airnya.
2. Gaulkan udang dengan tepung jagung, gula, garam, serbuk lada sulah dan juga daun bawang. Sumbatkan
    adunan udang ke dalam cendawan. Hiaskan bahagian atasnya dengan sedikit telur kuning masin.
3. Kukus dengan api yang kuat selama lapan minit, kemudian atur di atas pinggan.
4. Campurkan kesemua bahan sos dan jerangkan di atas api yang kecil. Bila mendidih, tuangkan ke atas 
    cendawan. Hidang panas-panas.

Bubur Lambuk


Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot  - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa

Cara-Cara memasak:
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh

    kembang dan daging empuk.  (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu 
    kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia

    yang dihiris.
3. Masukkan santan cair dan rebus lagi.
4. Bila nasi dah agak kembang elok, masukkan garam secukup rasa, udang 

    kering, karot, kentang, serbuk lada hitam dan udang serta pati santan.
    Kacau.
5. Sediakan dapur satu lagi.  Goreng bawang merah yang dihiris tadi hingga 

    kekuningan.
6.  Angkat bersama-sama sedikit minyak (jangan terlalu banyak nanti 

    berminyak sangat) dan masuk kedalam periok bubur tadi.  Masukkan daun
    bawang /sup yang dihiris.  Kacau.

Asam Pedas Ikan Pari



Bahan-bahan:
1/2 kg ikan pari (boleh di gantikan dgn ikan lain)
5 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan di hiris
2 biji tomato di belah dua
4 biji kacang bendi
asam jawa secukupnya garam dan gula
minyak untuk menumis


Bahan Untuk Di Tumbuk
13 tangkai cili kering - jika suka pedas tambah lagi
9 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
sedikit belacan - boleh di bakar dulu jika suka
1-3 batang serai di titik



Cara memasak:
1. Ikan di potong dan di bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di tumbuk.  Goreng hingga wangi.
3. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serai, air asam jawa dan air secukupnya.   Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan dan garam serta sedikit gula secukup ras.  Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukan tomoto dan kacang bendi.



Untuk lebih sedap :
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari 
    pun boleh mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas 
    anda.

29 Jun, 2010

TAT NANAS GULUNG


Bahan-Bahan: [Ingredients]

150 g mentega
100 g marjerin
70 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camt vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya
2 biji kuning telur, untuk sapu

Cara Memasak: [Cooking Instruction]

Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata. Bubuh vanila dan pukul 1-2 min lagi. Gaulkan kedua-dua jenis tepung hingga menjadi doh. Ambil sedikit, letak di dalam acuan (picit seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang 6 cm. Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan kemas. Atur atas tin pembakar yg sudah dilengser dan sapu tat/biskut dengan kuning telur. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keemasan

 

Es Teh Stroberi



Bahan-Bahan: [Ingredients]

Bahan-Bahan :
2 1/2 gelas air panas
2 bungkus teh celup
1/4 gelas manisan stroberi
2 buah jeruk lemon
Es Batu secukupnya
Gula Secukupnya  

Cara Memasak: [Cooking Instruction]

1. Sedu teh celup di dalam air panas.
2. Sambil menunggu peras 1 buah jeruk lemon.
3. Campurkan air perasan jeruk lemon, manisan stroberi dan gula secukupnya kedalam teh.
4. Dinginkan di dalam lemari es selama kurang lebih 2 jam.
5. Iris 1 buah jeruk lemon untuk digunakan sebagai hiasan.
6. Sajikan dengan es batu dan hias dengan irisan jeruk lemon. 


Resepi Masakan Ayam Penyet


BAHAN UNTUK AYAM:

* 1 ekor ayam : potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

BAHAN UNTUK DIKISAR:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

CARA MENGOLAH BAHAN YANG DIKISAR:
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
(Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

BAHAN UNTUK SAMBAL
Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

CARA MEMASAK BAHAN UNTUK SAMBAL:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.

Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

BAHAN UNTUK SUP:
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

BAHAN UNTUK TEMPE DAN TAUHU GORENG:
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.

CADANGAN CARA HIDANGAN:
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi putih.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam

Selamat mencuba dan menjamu selera