Memaparkan catatan dengan label Resipi Pembasuh Mulut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Pembasuh Mulut. Papar semua catatan

04 Ogos, 2010

Puding Laici



Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah

Cara Menyediakan;
1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding.

03 Ogos, 2010

Pai Durian



Bahan-bahan Dasar:
125 gm mentega
75 gm gula aising
1 biji telur
20 gm susu tepung
250 tepung gandum
Bahan-bahan Inti:
400 gm isi durian
50 gm gula
250 ml air
50 gm tepung kastard
100 ml susu cair
Sedikit garam

Cara Menyediakan Dasar:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul hingga sebati.
3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.

Cara Menyediakan Inti:
1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur.

Cara Menyediakan Pai:
1. Keluarkan kulit pai daripada loyang.
2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.

06 Julai, 2010

Puding Karemel Buah Peach


BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
1 tin susu cair
1 tin buah peach (diasingkan airnya)
sedikit air suam
1 cawan gula hangus

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur hingga sederhana kembang. Masukkan susu dan pukul lagi.
2. Kemudian masukkan air buah peach tadi.
3. Sementara itu, sediakan air gula hangus dalam mangkuk kaca yang boleh dikukus.
4. Tuang telur yang telah dipukul tadi kedalam air gula hangus.
5. Kukus selama 45 minit. Pertengahan kukus, atur buah peach diatasnyer
dan kukus semula hingga masak.

Kuih gunting
600g tepung gandum
1/2 peket rempah kari daging
serbuk cili secukup rasa
garam secukup rasa
1 genggam udang kering
1 ikat daun bawang
2 sudu majerin
1 biji telur
air secukupnya untuk menguli minyak untuk mengoreng
daun kari (jika suka)

Cara membuatnya:
1. campurkan tepung gandum, serbuk kari, cili dan garam dan gaul rata
2. campurkan majerin dan gaul rata sehingga jadi seperti serbuk roti(bread crumbs)
3. tumbuk halus udang kering, mayang halus daun bawang dan campurkan ke dalam adunan
4. campurkan telur dan air ke dalam adunan dan uli sehingga sebati
5. tebarkan adunan, canai sehingga nipis dan gunting, goreng menggunakan minyak yang banyak.