31 Ogos, 2010

Roti Keju Ayam



BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

PESAN SAJI: Jika tidak suka ayam, anda boleh gantikan dengan nanas, dan hanya keju keping. Jangan lupa taburkan kismis dan gula perang. Bahan lain sama dengan keju ayam.
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti
2 keping keju keping
2 sudu besar keju cheddar sagat
100 gm isi ayam (hiris nipis)
1/2 cawan susu segar

CARA MENYEDIAKAN:
1. Isi ayam dilumurkan dengan garam dan dan dilumur dengan sedikit minyak dan masukkan dalam kuali. Biarkan isi ayam masak.
2. Pukul telur dengan susu segar dan rendam roti sekeping demi sekeping.
3. Di atas dulang pembakar lapiskan aluminium foil dan bubuhkan sekeping roti. Di atasnya bubuhkan keju keping, keju cheddar dan ayam.
4. Letakkan lagi keping roti. Bubuhkan ayam saja.
5. Bubuhkan lagi sekeping roti dan bubuhkan keju keping dan keju sagat.
6. Akhir sekali bubuhkan roti.
7. Bakar pada suhu 200oC selama 15 minit.

Jika tidak suka ayam, anda boleh gantikan dengan nanas, dan hanya keju keping. Jangan lupa taburkan kismis dan gula perang. Bahan lain sama dengan keju ayam.

23 Ogos, 2010

Panacotta Sos Nanas Vanila



BAHAN-BAHAN:
700 gm krim putar
320 gm susu segar
10 helai daun pandan
1 sudu kecil esen vanila
10 gm kepingan gelatin
80 gm gula

BAHAN SOS:
200 gm air
100 gm gula
100 gm nanas masak (potong dadu)
Sedikit esen vanila
(campurkan kesemua bahan dan masak sehingga pekat)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar daun pandan dengan susu segar, tapis dan ambil jusnya.
2. Didihkan jus pandan bersama krim putar dan esen vanila.
3. Masukkan gula dan gelatin. Gaul sehingga sebati
4. Tapis sekali lagi dan tuangkan ke dalam bekas acuan.
5. Sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Setelah beku, keluarkan dan hias dengan sos.

16 Ogos, 2010

Jom Makan Durian' tarik lebih ramai pengunjung ke Muzium Negara

KUALA LUMPUR - Muzium Negara hari ini menganjurkan acara ”Jom makan durian” dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menjadikan muzium sebagai tempat yang sering dikunjungi.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, program selama dua hari bermula hari ini bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelawat termasuk pengunjung asing.

"Tujuan mengadakan aktiviti sebegini adalah untuk mendekatkan masyarakat ke muzium, menjadikan muzium sebagai tempat yang selalu disebut dan diingat selain memperbanyakkan lagi bilangan pelawat yang berkunjung ke muzium,” katanya.

Beliau juga berkata, terdapat pelbagai aktiviti telah disediakan bagi pihak pengunjung dengan hadiah bertuah yang menarik antaranya pertandingan makan durian, pertandingan meneka berat durian dan aktiviti ”kibar jalur gemilang”, petang esok. - Bernama

13 Ogos, 2010

KEK PUDING LAPIS AGAR-AGAR




BAHAN KEK: 

200 gm sponge mix 4 biji telur

1 sudu besar ovallete

50 ml air Sedikit esen vanila

60 ml minyak 


BAHAN PUDING:

200 ml susu cair

200 ml susu segar

90 gm flan vanila

30 gm tepung kastard

Sedikit esen vanila 


BAHAN TOPPING:

200 ml air

35 gm gula

1/2 sudu besar serbuk agar-agar

Sedikit perasa lemon

Sedikit pewarna kuning


CARA MENYEDIAKAN:

1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.

2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.

3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit. 

4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.

5. Untuk puding, panaskan tiga per empat  susu, kemudian masukkan flan vanila.

6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.

7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.

8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.

9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.

12 Ogos, 2010

Terung Tumis Bilis Berkicap

  
BAHAN-BAHAN
2 biji terung (belah dua dan potong pendek)
70 gm ikan bilis (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar air asam jawa cair
1 sudu besar kicap

CARA MENYEDIAKAN:
1.Terung digoreng hingga kuning warnanya. Ketepikan.
2.Tumis semua bahan tumbuk hingga garing.
   Kemudian tuangkan kicap dan air asam jawa.
3.Bubuhkan sedikit gula dan garam.

10 Ogos, 2010

Gulai lemak 5 minit



PRODUK sejuk beku ini sesuai untuk sajian pada bulan Ramadan.

BULAN Ramadan hanya menghitung hari untuk tiba. Pada ketika itu kaum ibu mula sibuk memikirkan apakah juadah untuk berbuka puasa mahupun untuk bersahur.

Kini, mereka tidak perlu lagi kelam-kabut pulang daripada kerja atau bangun awal pagi untuk menyediakan hidangan kerana produk Sri Kulai edisi terhad adalah jawapannya.

Jika sebelum ini, anda perlu menunggu kira-kira 30 minit untuk menikmati hidangan ayam gulai lemak dan masak kurma tetapi dengan Sri Kulai, anda boleh menikmatinya dalam masa lima minit sahaja.

Dengan menampilkan dua menu pilihan iaitu Ayam Gulai Lemak Tradisional dan Ayam Kurma Tradisional, AYS Sdn. Bhd. (AYS) yakin bahawa produk sejuk bekunya ini bakal mendapat sambutan sempena Ramadan kali ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Liow Ren Jan memberitahu, cara penyediaanya sangat mudah, ringkas dan cepat.

"Anda hanya memerlukan lima minit untuk memanaskannya di dalam ketuhar gelombang mikro.

"Hidangan sejuk beku edisi terhad ini bukan sahaja enak, malah ia tidak mengandungi bahan pengawet, bebas monosodium glutamate (MSG) selain bekasnya yang mesra alam kerana bersifat biodegrasi," katanya yang mendapat sijil pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kedua-dua produk sejuk beku itu boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, Tesco, Giant dan Cold Storage pada harga RM7.90.

REN JAN (tengah) bersama Normala (kiri) dan Fatimah menunjukkan menu terbaru resipi Sri Kulai.

Setiap satu pek ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional yang masing-masing seberat 360 gram (g) dan 400 g adalah untuk hidangan tiga hingga empat orang.

Promosi istimewa kedua-dua menu segera itu bermula sejak Julai lalu sehingga September ini.
Menariknya dua wanita yang juga anak-beranak iaitu Normala Aziz, 25 dan ibunya, Fatimah Ahmad, 58, adalah individu bertanggungjawab di sebalik idea menu itu. 

Normala merupakan Eksekutif Penyelidikan dan Pembanguna(RD).
Graduan muda berkelulusan Perkhidmatan Pengurusan Makanan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi dalam mencipta produk makanan baru.

"Sebelum pemilihan dua menu ini, ada tiga menu lain turut dinilai iaitu ikan masak asam, ayam masak merah dan ayam masak gulai darat. Namun, dua menu yang dipilih itu lebih popular berbanding tiga menu yang lain," katanya.- Dipetik dari Kosmo.

09 Ogos, 2010

Udang Goreng Planta



Bahan-bahan :

  • 500 g udang segar (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 sb planta
  • 5-6 biji cili api (diketuk)
  • 1 sk serbuk kunyit
  • garam dan sedikit gula
  • 1 tangkai daun kari
  • 2-3 batang sayur buncis / asparagus (dihiris menyerong)
  • 4 sb santan
Cara-caranya :
  1. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak di dlm kuali. Kemudian goreng udang sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan planta dan tumis bawang putih, halia, bawang besar dan daun kari sehingga naik bau. 
  3. Masukkan cili api, sayur buncis/asparagus dan sedikit air. Goreng hingga hampir masak. Kemudian, masukkan udang dan santan. Gaulkan. Perasakan dgn garam dan sedikit gula.
  4. Setelah masak, hidangkan panas2.

08 Ogos, 2010

Mat Salleh pun minum teh Melayu






DALAM suasana pagi yang masih sejuk menggigit, Safinah Yaakob yang ketika itu berusia enam tahun bingkas bangun daripada tidurnya. Walaupun matanya masih terasa kelat untuk dibuka, hatinya girang. 

Dia ingin mengikut emaknya memetik daun-daun herba seperti dukung anak, suluh lalang dan daun hati-hati untuk dijadikan minuman teh herba. Itulah rutin hariannya setiap pagi.

"Mak memang minum air teh herba setiap hari. Kebiasaannya daun- daun itu direbus dan dicampurkan dengan manjakani. Katanya, air rebusan daripada daun-daun herba banyak khasiatnya. Bila saya kata mahu rasa, mak tidak izinkan kerana saya masih kecil. Mak hanya membancuhkan saya setiap pagi dengan air teh yang dicampur dengan gula," katanya yang mengimbau kembali memori 33 tahun yang masih abadi di fikirannya sehingga ke hari ini.

Sambil membancuh dan mengacau teh pegaga yang dicampurkan dengan madu, Safinah meneruskan ceritanya. Sesekali dia mengangkat cawan dan menghirup teh yang separa panas itu. Wajah wanita berusia 39 tahun itu tampak berseri tatkala dia bercerita dan mengimbau kembali memori zaman kanak-kanaknya mengenali teh herba.

"Orang dulu-dulu menganggap air rebusan daun adalah teh tetapi lebih dikenali dengan teh herba atau teh hijau. Sebabnya, cara penyediaannya adalah sama dengan teh cuma ia berwarna hijau mengikut warna daun tersebut," katanya yang kini mengusahakan dua cawangan kedai teh herba Melayu iaitu, Malay Tea House sejak tahun 2006.

Pelbagai khasiat teh

Pemilik syarikat Warisan Asal Sdn. Bhd. yang merupakan satu-satunya syarikat yang menghasilkan teh Melayu di Malaysia itu memberitahu dia paling kurangpun akan menikmati dua cawan teh herba setiap hari. 

Baginya, teh herba yang sempurna seperti pegaga mempunyai rasa yang pekat dan tidak pahit malah, rasanya kekal di kerongkong walaupun selepas habis dihirup. Satu lagi rahsia teh herba yang diusahakan Safinah ialah setiap minuman teh herbanya tidak dicampurkan dengan gula sebaliknya, menggunakan madu yang akan menambahkan khasiat di dalamnya, memberikan rasa lebih enak dan aroma yang menyegarkan.



PATTINSON (kanan) bersama rakannya Mandy Kularatna menyukai teh herba Melayu kerana rasa dan khasiatnya.



"Selain obses terhadap teh, amalan mak dan petua-petua yang diberi daripada mak saudara yang merupakan seorang bidan kampung, memberi inspirasi kepada saya untuk mengusahakan peniagaan teh herba Melayu di Malaysia. 

"Orang hanya mengenali teh Cina tetapi tidak sedar yang Melayu juga kaya dengan teh-teh herba dari pelbagai jenis daun," katanya yang memulakan perniagaan teh herba dengan menggunakan tiga jenis daun iaitu serai, misai kucing dan daun limau purut.

Kini, terdapat sebanyak 17 perisa teh herba di kedai Malay Tea Housenya termasuk mas cotek, roselle, dukung anak, ulam raja, lemuni, peria, selasih hitam, hempedu bumi dan daun jambu.

Menurutnya, sebelum memulakan perniagaan teh herba Melayu itu, pelbagai kajian di universiti dan pusat-pusat penyelidikan telah dilakukannya, sama ada dari segi ujian makmal, ujian kimia mahupun ujian mikro bakteria.

Ada sesetengah orang mengatakan amalan minum teh memberi banyak kesan yang tidak baik kerana dikatakan boleh menyebabkan sembelit, insomnia, ketagihan, pereputan tulang, gigi dan sebagainya.
Namun begitu, teh herba adalah sebaliknya. Ia mempunyai pelbagai khasiat yang terkandung di dalamnya.
Safinah sendiri sebelum ini menghadapi penyakit migrain yang teruk, namun selepas mempraktikkan minuman teh herba setiap hari sakitnya kini semakin berkurangan.
Jelas Safinah, daun pegaga misalnya memberikan banyak manfaat terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Selain itu, teh hijau atau teh yang belum difermentasi adalah teh yang terbaik kerana mempunyai kandungan polifenol dan katekin (catechin) yang paling tinggi. 

Catechin adalah bahan larut air, tidak berwarna dan memberi rasa pahit atau kelat pada teh. Dalam masa yang sama, ia mengandungi peratusan polifenol 40 hingga 50 peratus lebih tinggi.

"Lantaran itu, hasil beberapa penyelidikan merumuskan kombinasi nutrien dalam teh dapat merendahkan risiko beberapa penyakit seperti kanser termasuklah kulit, payu dara, paru-paru, kolon dan pundi kencing," katanya.

Teh untuk semua 

Teh herba Melayu bukan hanya dinikmati oleh kaum Melayu sahaja tetapi juga kaum yang lain.
Bagi Eksekutif Kewangan, Komplek Dayabumi, Kuala Lumpur, C. Sarsilaa, 30, amalan minum teh herba Melayu bermula sejak setahun lalu.

"Kebetulan setahun yang lepas, saya bersama rakan datang ke Pasar Seni, Kuala Lumpur. Sedang berjalan-jalan saya ternampak sebuah kedai klasik Malay Tea House yang menjual pelbagai jenis teh dihasilkan menggunakan aneka jenis daun.




PENGAMBILAN herba yang mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan diamalkan oleh nenek moyang kita sejak sekian lama.




"Selepas menikmati teh herba itu saya terus jatuh cinta. Pada mula saya menganggap rasa teh herba pahit tetapi sebenarnya tidak. Rasanya manis dan beraroma, tambahan pula baunya wangi.

"Mungkin disebabkan madu yang digantikan dengan gula dan tambahan perisa seperti limau dan sebagainya," katanya yang setiap hari pasti ke kedai Malay Tea House untuk menikmati teh herba.

Sebelum ini, Sarsilaa sememangnya merupakan penggemar teh. Jelasnya, dalam sehari dia akan menikmati teh pada sebelah pagi dan petang. Disebabkan itu, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencuba teh herba pula.

"Sebelum menikmati teh herba Melayu, saya pernah mencuba minum teh Cina dan teh hijau. Tetapi, saya lebih suka teh Melayu kerana rasanya manis dan menyegarkan," katanya menyukai teh halia, pegaga, selasih dan serai.

Bagi rakan Sarsilaa pula, V. Vanitha, 33, dia menyukai teh herba selepas diberitahu rakannya Sarsilaa.
"Sebelum ini, saya tidak terlalu menyukai minuman teh tetapi, selepas mencuba dan tahu akan khasiat teh herba, saya mula menyukainya. 

"Teh herba mempunyai rasa yang manis tetapi bukan disebabkan manis gula. Ia manis disebabkan daun herba dan penambahan madu ke dalamnya. Walaupun harganya agak mahal, tetapi ia berbaloi kerana ia bukan sahaja memberikan kesegaran pada saya tetapi juga mengandungi khasiat yang tinggi," katanya.

Sementara itu, menurut pemuda Inggeris dari London, Tim Pattinson, 30, sebelum ini dia hanya mengenali teh hijau dan teh Cina sahaja.

"Saya tidak tahu orang Melayu juga mempunyai teh yang pelbagai. Sememangnya, saya lebih suka minum teh berbanding kopi. Rasanya lebih lembut dan ia juga memberi kesegaran.

"Pertama kali datang ke Malaysia dan menjejak kaki ke Malay Tea House saya diperkenalkan dengan 17 jenis teh yang diperbuat daripada variasi daun.

"Ia menarik minat saya mencubanya selepas saya membaca risalah yang mengandungi jenis-jenis daun yang boleh dijadikan minuman serta khasiat yang terdapat padanya," kata Pattinson yang menyukai perisa teh daun jambu.

Sejarah teh di Cina dan India

Jika mengikut sejarah, sememangnya teh Cina terlebih dahulu dikenali. Menurut mitos penduduk China, teh dijumpai kira-kira 5,000 tahun dahulu oleh seorang maharaja China yang dikenali sebagai Shennong.




MALAY Tea House juga menyediakan teh herba yang sudah siap dibungkus di dalam tin.




Maharaja itu menemui teh secara tidak sengaja apabila beberapa helai daun teh diterbangkan angin ke dalam secawan air panas yang diminumnya.

Minuman berkenaan seterusnya berkembang menjadi satu minuman tradisi masyarakat di China sebelum disebarkan ke Eropah pada kurun ke-17.

Legenda dari India pula mengaitkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Semasa bertapa, dia mengunyah beberapa daun yang tumbuh berdekatan yang menyegarkannya kembali.

Walaupun India hari ini merupakan penghasil teh terbesar di dunia, tetapi tidak ada catatan sejarah mengenai minuman teh di negara itu sebelum abad ke-19. Di Jepun, teh mula dikenali pada awal abad ke-9, apabila seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa biji tanaman teh dari China. - Dipetik dari akhbar kosmo.

07 Ogos, 2010

Tembikai Susu Supreme



BAHAN-BAHAN:
30 gm tembikai susu
1 sudu besar jagung manis
3 sudu besar susu pekat

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar tembikai susu.
2. Masukkan dalam gelas.
3. Kemudian masukkan susu pekat dan jagung manis.
4. Masukkan kiub ais dan hidangkan.

05 Ogos, 2010

Banana Float



BAHAN-BAHAN:
1/2 biji pisang montel
50 gm air gula
1/2 gelas air
Aiskrim strawberi (sebagai hiasan)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Kisar buah pisang.
2. Masukkan dalam gelas dan dicampur dengan air gula.
3. Masukkan kiub ais.
4. Akhirkan sekali masukkan aiskrim strawberi.

04 Ogos, 2010

Puding Laici



Bahan-bahan:
10 gm agar-agar serbuk
2 gelas air
1 gelas gula
2 biji telur - asingkan putih dan kuning
1/4 tin laici
Sedikit perisa laici
Sedikit ceri merah

Cara Menyediakan;
1. Pukul kuning telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga mendidih.
3. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair dan perisa laici, kacau sebati dan biar mendidih, kecilkan api.
5. Sementara itu, pukul putih telur hingga gebu, masukkan ke dalam adunan agar-agar dan angkat.
6. Susun ceri di dalam bekas, tuangkan adunan agar-agar. Biarkan sejuk.
7. Setelah sejuk, keluarkan daripada bekas dan tuang buah laici dan jusnya ke bahagian tengah puding.

03 Ogos, 2010

Pai Durian



Bahan-bahan Dasar:
125 gm mentega
75 gm gula aising
1 biji telur
20 gm susu tepung
250 tepung gandum
Bahan-bahan Inti:
400 gm isi durian
50 gm gula
250 ml air
50 gm tepung kastard
100 ml susu cair
Sedikit garam

Cara Menyediakan Dasar:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur, kacau hingga rata. Masukkan pula tepung gandum dan susu tepung. Gaul hingga sebati.
3. Letakkan adunan pada permukaan loyang pai berukuran 22 cm.
4. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah Celsius.

Cara Menyediakan Inti:
1. Kacau semua bahan di atas api yang perlahan sehingga isi durian hancur.

Cara Menyediakan Pai:
1. Keluarkan kulit pai daripada loyang.
2. Masukkan inti pai dalam kulit. Biarkan sehingga benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.

02 Ogos, 2010

Bawal Lemak Siam


BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan bawal (potong dua)
2 keping asam gelugur
3 cawan santan
3 keping daun limau purut

BAHAN KISAR:
3 tangkai cili merah
10 tangkai cili kering
3 cm belacan
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm lengkuas

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan asam gelugur, garam dan gula.
3. Tuangkan santan dan masukkan daun limau purut. Biarkan ia mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ikan bawal

01 Ogos, 2010

Udang Goreng Tomato



Bahan-bahan:
1 kg udang besar
2 sudu besar serbuk cili
1 cawan bawang goreng
5 labu bawang besar - hiris
5 biji tomato - dihiris  nipis
3/4 cawan minyak masak
2 pokok daun bawang - hiris
2 tangkai cili hijau - hiris
1/4 cawan air asam jawa
1 batang serai
Daun kari
Dikisar:
2 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Menyediakan:
1. Bersihkan udang, gaul bersama serbuk cili dan goreng tanpa minyak hingga setengah masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar hingga kekuningan, masukkan serai dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato dan kacau hingga hancur.
4. Masukkan air asam jawa dan daun kari serta udang, biarkan mendidih.
5. Biarkan kuah pekat, masukkan bawang goreng dan perlahankan api. Sebelum angkat, masukkan garam, cili hijau dan daun bawang.